rawrr
ENTRY ABOUT LINKIES TWITTER FACEBOOK ASK.FM +FOLLOW
Owner


Selamat bersua. Sila tinggalkan jejak anda. Terima kasih !


Tagboard

Family Dinner
Tuesday, 18 December 2012 • 22:23 • 0 comments
Assalamualaikum 

Aku ni senanya teringin nak pakai shawl balik setelah setahun memakai tudung bawal yang buat diri aku senget benget tu . Biasa ahh budak asrama nak pakai shawl mana sempat , nak bergaya mana sempat , nak comel-comel mana sempat pokoknya everything engak sempat lah *gaya indon* Tetapi inilah masa untuk aku . Hekeleh pakai tudung bawal dengan jeans juga , but but okay lah tampak lawa juga sih , ahahaha ! Konon *tangan dibahu* 

Kitaorang balik hari tak tidur kampung pun . Sebab esoknya ayah kerja . Demi nak menyambut ulangtahun kelahiran Uteh dan Izyan orang Johor sanggup turun Batu Pahat . Eceh macam tak pernah turun Batu Pahat selalu pula . Yelah ayah dah susah nak dapat cuti dengan kapalnya lagi . Ibu pula sibuk buat kek , belajar sana sini . Sometimes best lah kalau ayah dapat off day . Boleh dikatakan satu hari tu pun dah cukup dah pergi jejalan . 

So malam tadi Mak Ngah ajak kami pergi restoran Arab nama restorannya (Restoran Istana Yameen) . Sedap wok makanannya . Kitaorang main order je , tak tengok harga pula tu . Order semua ... hamik kau sedap sedap . Ada tu kebab , metballs , roti arab , kaw kaw (Y) *two thumbs up* Aku peduli apa aku sakit tekak , aku bedal je semua lantak ahh janji dapat makan . Rugi ahh kalau aku tak makan , sedap tu . Ni kalau dia tahu aku macam ni , ni , confirm kena reject . Ahahaha , peduli ~



Imma look like princess ? LOL , sweet ah birthday party ni . Ada yang pakai cone cap , topeng muka , like us . Awesome right ? Don't get jelous on us . Haha , tak masal lah kau Hanis ! Macam biasa Raudhah tu mana nak duduk diam . Jalan sana , jalan sini . Jenuh ibu aku nak melayan dia ni haa *tepuk bontot Odah* Sampai pelayan Arab tu dokong dia . Eaa muka tembok ! Haha dia pun senyap je bila Arab tu dokong dia . 


Lepas tu order pun datang . Eh yang ni order kedua kau . Yang first tu tukar daging ni ke Ayam je . Haa , daging dia sedap . Lembut senang je nak suap , nggaaaapppp ! Marvelous , 2 star for this (Y) Tengah-tengah makan tu datang lagi ... roti arab . Alah simple jeh roti arab tu macam capati . You know capati ? Ahh , like that lah . Tapi roti arab ni tak cecah dengan kuah pun dah sedap . Tu lah diffrentnya . Eceh kau Hanis cam CHEF ~ 


Tengok ..... big family . So so big family . Empat meja kau pakai . Paling kecoh tu lah keluarga kitaorang . Semua main tunjuk perasaan dengan tiup benda apa henta . Ada tu yang buat-buat bunyi lagu . Kau jangan tanya Odah buat apa . Memang dia paling kecoh . Tunjuk perasaan ah kau bunyi menganggu semua orang dalam restoran tu . Tapi puaslah makan kenyang *alhamdulillah* 



Haaa , nilah birthday girl nyaa . Uteh (12.12) dan Izyan Maisarah (27.12) . Kau tengok kek tu . H dia hilang . Yelah kek import tu , ibu buat . Entah cemana boleh jadi camtu pun aku tak tahu . Haha cacat dah kek tu tanpa huruf H . Kek tu sedap woo . Tapi manis . Yelah chocolate kan . Omel jee mereka ni . 


Ni budak yang aku suka nyakat . Omel je kan . Umur dia lebih kurang 4/5 tahun kot . Mampos aku kalau Mak Ngah tahu . Mohon tak jumpa link blog guwaaa . Masa datang rumah atok semua bising 'Yeah yeah , pak long datang , pak long datang' Pak long tu ayah aku . Aku keluar je kereta semua lari . Tak tahu apa yang takut sangat dengan aku ni . Entah siapa yang FOLLOW BACK aku , aku pun tak tahu . Wkwkwkwkwk . 

Aku : Izhan sini lah , Kak Nis nak tanya *buat duckpacee*
Izhan : Nak apa ? 
Aku : Ala nak tanya je . Sihat tak ? Ahh sihat tak ? 
Izhan : *angguk dan lari daripada aku* 

Haha , budak-budak biasalah . Dulu pun aku camtu . Gedik-gedik manja *tangan dibahu* Tapi kalau lelaki ni bukan gedik-gedik manja , ni namanya Gedik-gedik MENYAMPAH *baling periuk* 


Walaupun birthday Uteh dah expired dan birthday Izyan yang akan datang tak lama lagi . Disini Hanis nak ucapkan Selamat Hari Lahir . Be a good girl December ! Terima kasih untuk makan malam . Thank thanks thanks thanks *terharu* *baling batu* Hari jadi yang bakal datang ajak makan kat atas bot pula eh Mok Teh xD 





PASTFUTURE