Owner ![]() Tagboard
|
Durian Crepe
Friday, 14 December 2012 • 05:38 • 0 comments Assalamualaikum Kebetulan masa ibu aku buat crepe ni ayah aku off day . Kay rasa happy gila , sebab bila ayah cuti je ayah mesti akan ajak kita orang pergi jalan-jalan kekadang picnik , melawat sedara mara kitaorang kat Zoo tu tapi hari ni best sikit , SPECIAL . Special lah sangat *tangan dibahu* Sesungguhnya ibu ku sanggup mencari durian yang paling sedap untuk dibuat crepe ni . Dan aku rasa macam nak muntah bila membau aroma yang kurang enaknya . Menyegat sampai masuk bilik aku , rasa nak je hempuk durian tu . Buat crepe ni kejap je , start pukul 7 pagi pukul 11 pagi dah siap . Bagi aku kejaplah . Semua dalam keadaan yang belum mandi . Abang aku basuh kereta bersama tenteranya . Manakala aku tengah tengok tv sambil makan roti . Bila ayah datang dan mencapai remote lalu menukar siaran *jerit* 'Ayah ni kacau je orang nak tengok tv !' dengan muka mucung mencuka . Dan aku rasa pagi aku terganggu . Pastu ayah pujuk cakap nak ikut pergi jalan tak ? Aku ni pantang kalau orang ajak berjalan , pergi bercuti ke . Aku pun terus berjalan menuju ke arah bilik aku lalu mencapai tuala dan terus ke bilik mandi *bunyi air* Bila dalam kereta , semuanya boleh terjadi bila aku ajak mereka ... ![]()
Maaf aku memang over kalau bab bab senget benget ni . Masa ni on the way nak pergi Pandan . Kau tahu nak pergi Pandan semata-mata nak beli apa ? Nak beli selipar je . Aku ingat nak beli barang sekolah ke hape ke . Pehh rasa nak je hempok kepala adik aku . Padanlah sepanjang pejalan nak pergi Pandan tu asyik tersengih-segih macam kerang busuk . Aku pun ada juga terlintas nak beli selipar . Bolehlah aku keluar petang dengan selipar , ni tak asyik-asyik sandal . Sandal babun tu pun dah nak nazak aku rasa .
Hari tu ayah ajak kitaorang pergi beli barang kek ibu , beli barang dapur , dan dengan suka tak sukanya terpaksa aku makan sushi setelah 2 tahun tidak makan makanan laut tu . Tekak aku rasa macam apa dah time tu hanya Allah sahaja yang tahu . And lastly adik aku , Raudhah , tak ikut bersama kami . Kalau kauorang nak tahu adik bongsu aku ni agresif . Bahaya . Selalu pukul anak orang time pergi shopping . Ada ke tumbuk budak lelaki sebaya dia , nasib tak nangis . Aku campak je dia kat trolly . Nak tumbuk-tumbuk lekau kat trolly tu .
Terima kasih untuk ayah sebab mengajak anaknya pergi berjalan .
|